Terbanglah setinggi awan
Author: Nadiatul Azima // Category:
Jarang saya menemukan madah-madah seindah Butterfly’s Lesson. Saya percaya, setiap yang membaca dan menghayatinya akan timbul satu perasaan untuk memajukan diri masing-masing. Cerita ini bermula apabila seorang lelaki melihat seekor rama-rama yang ingin keluar dari kepompongnya. Dengan niat yang tulus ingin membantu rama-rama tersebut,lelaki tersebut telah membuka kepompong itu.Benar, jasa lelaki itu dikenang. Namun rama-rama iu masih belum cukup matang untk keluar dari kepompongnya.
Sebelum kita mahu keluar dari ‘KEPOMPONG” yang sudah kita duduki, pada pendapat saya, segala usaha yang bersungguh- sungguh disertai dengan kesabaran akan memberikan ‘sayap yang cantik’ untuk kita banggakan kelak. Bukan bangga untuk memberikan kita meninggi diri, ia adalah sebagai satu hadiah kepada diri. Kesusahan dan cabaran yang di alami adalah proses dalam memiliki kejayaan.

Andai kita sentiasa dibantu,
Sejuah manakah kita akan pergi?
Andai ianya sukar,
Adakah kita akan terus mengalah?
Andai kita tidak melakukan tindakan untuk menuju kecemerlangan,
Siapa lagi yang akan melakukannya.
Tuhan telah memberikan kita segalanya. Sebagai Khalifah di muka bumi,kita harus mencari makna dan hikmah yang tersembunyi daripada setiap kejadian. Hidup tanpa cabaran mungkin mudah untuk dilalui,tetapi apakah bakal insan yang anda akan jadi andai semuanya hanya ingin kemudahan dan kesenangan.
Kenal pasti segala kekuatan diri untuk mejadikan ia sebagai landasan untuk melonjakkan diri ke tahap yang tinggi.
Dari perspektif seorang guru
Rama-rama tersebut ibarat salah seorang daripada bakal pelajar saya. Saya adalah ibaratkan sebagai lelaki tersebut. Sentiasa akan melihat perkembangan pelaja-pelajar saya apabila sudah mula mengajar kelak. Saya perlu peka dengan keadaan dalam bilik darjah kelak. Mengenal pasti kebolehan dan kekurangan pelajar agar, segala bantuan yang diberikan adalah untuk membantu bukan memberikannya jalan mudah untuk tidak berusaha. Bantuan yang saya rasakan wajar adalah, sedaya upaya mencurahkan ilmu kepada mereka dan memberikan nasihat untuk memajukan diri mereka. Apabila mereka berjaya,itu adalah kepuasan dalam menjadi seorang guru. Mungkin anda pelik,bagaimanakah saya berkata demikian. Saya mempunyai sedikit pengalaman menjadi guru ganti semasa bercuti sebelum memasuki UPSI. Kepuasan yang saya dapati ialah apabila pelajar-pelajar saya memahami apa yang diajar dan menunjukkannya apabila membuat peperiksaan dengan baik. Sememangnya ada segelintir yang tidak dapat menjawab.Namun itu bukanlah menyekat kepuasan saya dalam tempoh yang tidak sampai 2 bulan mengajar. Mereka menandakan saya perlu memberikan perhatian lebih kepada mereka. Kesungguhan mereka adalah kepuasan saya.
KESUSAHAN yang dilalui bakal memberikan KEMANISAN dalam kehidupan kelak

0 Responses to "Terbanglah setinggi awan"
Post a Comment