>_<

Author: Nadiatul Azima // Category:



widgeo.net


Terima Kasih kepada Madam Asmayati dan En. Junaidi kerana telah memberikan tunjuk ajar dalam menghasilkan e-portfolia ini.

Kepada rakan-rakan Kimia sekalian, terima kasih juga diucapkan kepada anda semua. ^_^





Kepada rakan-rakan sekalian,Selamat menempuh peperiksaan pada 2hb 11 2009 nanti.semoga kata-kata ini dapat menaikkan semangat kita bersama
Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar. -kita semua sudah melalu satu sem yang sangat memenatkan. Bukan seperti sem 1 dan sem 2 lagi. dan semester akan datang mungkin lebih lagi. sama-sama kita bersedia untuk mencapai kecemerlangan Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah! -Bersainglah dengan rakan-rakan secara sihat. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu. Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya. -fokus kepada peperiksaan kita sekarang. Kurangkan perkara-perkara tidak penting seperti bermain game di facebook =)

senyum sikit sebelum peperiksaan bermula.

asal perkataan elektrik


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.
Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin
Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan! daun turi

Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu

Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang


walaupun raya sudah lepas,
Memandangkan dalam kelas Kimia kita semua dari negeri-negeri berlainan.ternyata kalian semua mencuit hari seperti pantun diatas =)




salam sayang,
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost