Refleksi Simulasi

Author: Nadiatul Azima // Category:
Simulasi ialah keupayaan meneroka model yang sedia ada. Simulasi digunakan untuk mewujudkan suatu yang visual secara konkrit untuk menyiasat sesuatu proses yang terlalu kompleks,sukar difahami secara eksperimen.

Mengapakah simulasi digunakan?
1) Meningkatkan ketepatan data yang deproleh melalui eksperimen
2) Menguruskan dan menginterpretasi data kedalam bentuk graf
3) Meperkembangkan kemahiran saintifik dan kebolehan untuk membuat pemerhatian dan penilaian
4) Memungkinkan pelajar menyaksikan eksperimen yang bahaya

Tugasan ini juga seperti tugasan spreadsheet dimana pelajar dikehendaki memilih satu tajuk daripada mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 atau 5. Tajuk yang dipilih ialah daripada Bab 3 Kimia Tingkatan 4 iaitu Struktur atom. Rasionalnya pemilihan tajuk ini ialah:
1) Kedudukan proton,nuetron, dan elektron dalam petala dapat digambarkan melalui komputer simulasi dengan mudah. Pergerakan yang ditunjukkan dapat memberikan satu kemudahan kepada pelajar untuk mengingat
2) 3 jenis zarah yang terdapat dalam sesuatu atom juga dapat ditunjukkan perbezaannnya
3) Untuk memahami tajuk ini, memerlukan gambar dan visual yang bergerak untuk menunjukkan bagaimana proses pergerakan zarah dalam atom.

Terdapat 3 fasa semasa menyiapkan simulation iaitu fasa engage,empower dan enhance

1) Engage: semasa fasa ini gambar ditunjukkan kepada pelajar untuk mendapatkan idea daripada pelajar sebelum memulakan topik. Semasa fasa ini beberapa soalan akan ditanyakan berdasarkan gambar dan pelajar akan memberikan maklum balas
2) Empower: semasa fasa ini, video ditunjukkan untuk menambahkan pemahaman akan tajuk yang dipelajari
3) Enhance: semaas fasa ini, pelajar diberikan soalan berdasarkan video yang telah ditunjjukkan. Hal ini adalah untuk menguji kefahaman pelajar akan tajuk yang dipelajari


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost

0 Responses to "Refleksi Simulasi"

Post a Comment