Falsafah Pengajaran

Author: Nadiatul Azima // Category:
Pengalaman semala 2 bulan mengajar sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Air Merah menukar rentak hati dengan mula meminati bidang ini.Ekoran dari itu apabila memasuki UPSI, saya cuba untuk menyayangi bidang ini. Saya berpegang kepada prinsip "kalau ENGKAU boleh AKu pun boleh". Saya merasakan seorang guru perlu memiliki perasaan seperti itu untuk memajukan diri masing-masing.

Falsafah Pengajaran yang bakal saya pegang ialah Cikgu BAIK:

B= Bertanggungjawab

A= Amanah

I= Ikhlas

K= Kerajinan

Cikgu BAIK bukan beerti untuk memuji diri, tetapi ianya adalah sifat dan pegangan yang perlu digengam untuk menjadi guru yang berkualiti kelak. Guru ibarat lilin yang menerangi diri pelajar. Oleh itu, seharusnya di dalam pengajaran saya kelak, saya cukup terang untuk menerangi semua pelajar saya.

Bertanggungjawab
Sebagai guru kelak, kebertanggungjawaban kepada tugas adalah nilai paling tinggi. Hal ini kerana, saya bertanggungjawab keatas semua pelajar saya.
Saya bertanggunjawab menyampaikan ilmu
Saya bertanggunjawab menggunakan masa yang diberikan sebaikknya
Saya bertanggunjawab menyemak skrip peperiksaan pelajar
Tanggungjawab yang besar bukan lah penghalang untuk saya sedaya menjadi guru yang baik

Amanah
Saya perlu amanah dalam menjalankan tugas sebgai guru
Saya perlu amanah dalam menguruskan waktu pengajaran sebaikknya
Saya perlu amanah dalam menjaga hal peribadi pelajar

Ikhlas
Saya perlu ikhlas dalam menyampaikan ilmu
Saya perlu ikhlas dalam menjadi seorang guru
Saya perlu ikhlas dalam mendidik pelajar

Kerajinan
Guru yang rajin akan sentiasa dapat memajukan dirinya serta pelajarnya.
Saya perlu rajin mencari informasi terkini berkenaan tajuk yang dipelajari
Saya perlu rajin memberikan tugasan kepada pelajar
Saya perlu rajin menyemak tugasan pelajar


Guru BAIK, pemangkin kejayaan pelajar